Promote Time



Mulai 1hb sampai 15hb Fer 2013, setiap temujanji akan mendapat sample percuma untuk rasa dengan setiap temujanji.

Rebut lah peluang ini, kerana ANALISA KESIHATAN, turut di berikan secara PERCUMA!

Sunday, November 25, 2012

Doctor Icon kesihatan..

Bismillah

Petikan dari berita radio pagi tadi

"... Kementerian kesihatan menyarankan semua doctor kesihatan menjadi model kesihatan kepada masayarakat, terutama dalam amalam makanan yang sihat, supaya penyakit merbahaya tidak berjangkait seperti Diabetes dapat dicegah..."
-era.fm (26/11/2012 8:00am)



Pada saya ini adalah satu peluang untuk anda menjadi coach herbalife, kerana tugas dan misi kita ada lah untuk mengajar masayarakat supaya lebih sihat.

go go herbalife

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WE ARE HEALTH & BUSINESS COACH.
UPGRADE YOUR LIFE NOW, ASK ME HOW.
LOOKING FOR PEOPLE WITH HEALTHY ATTITUDE.
Elliya/Buddin: 012 687 6367/019 239 5929 ;)

Thursday, November 22, 2012

Breakfast!!, so easy now days...

Bismillah.

Sudahkah anda shake hari ni?

Siapa kat sini payah nau nak breakfast? Angkat tangan.

*Angkat tangan.

Tapi tu dulu je. Sekarang tak lagi. Insya Allah

Breakfast sangat penting ye kawan-kawan. Siapa yang memang ada habit skip breakfast tu, ketahuilah sesungguhnya makanan pertama hari itu menentukan perkembangan diri kita hari tu, paling lewat ambil breakfast jam 10pagi!

Disebabkan malam tadi semua badan dah rehat rileks2 semua, jadi makanan yang pertama diambil hai itu haruslah yang sihat-sihat supaya sel badan tak moody seterusnya bekerja bersunngguh-sungguh untuk badan hari itu.

Jadi seluruh hari tersebut, kita sentiasa ceria, sabar, rajin dan penuh energi perform kerja :))))) Bestnya lah kalau hari-hari macam ni kan? Hati girang *bersiul-siul

Kenapa biasanya orang skip breakfast?

Fenin nak shopping barang dapur yang berkhasiat


Busy thangaaat~

Lambat bangkit tidoq

Terjadilah hoi, aku dah lambat pergi kerja

Males prepare breakfast ;p

Sekarang tak payah pening-pening lagi,

Masuk dapur

Bancuh Shake

Minum


Kalau rajin, campurla buah-buahan atau try resepi lain-lain, macam bawah ni. Masa pun jimat!


Yang penting, breakfast kita pagi tu,

Senang,

Cepat,

Berkhasiat lagi!

 petikan dari:

-----  ____ -----

Get your healthy breakfast now!
019-239 5929 / 012-687 6367

Macam mana ni? Saya dalam Comfort Zone?!

Bismillah..

Again, harini aku akan blog tentang 'pertanyaan orang'. Habis je Dream Team Retreat, seorang World Team yang cukup berani datang padaku dan bertanya soalan ni:

"Amalina, mcm mana saya nak terus buat Herbalife ni? Saya rasa comfort zone sangat, membuatkan saya tak boleh move on."

First of all, buat si penanya, janganla rasa down saya blog tentang soalan anda. THIS IS A VERY GOOD QUESTION. Ramai yang ada soalan yang sama, cuma mungkin mereka simpan pada diri sendiri je. Atau mungkin mereka akan mention tentangnya pada kawan2 Herbalife terdekat sahaja. Ada yang cukup berani nak mengaku comfort zone kat Mill Team ke? 

So I asked her back,

"How can your even say you are in comfort zone?!"


1. WHEN YOU CAN ADMIT YOUR WEAKNESSES, YOU CAN CHANGE IT. DON'T BRAG.

People don't admit they are in comfort zone. Bila kita boleh admit kita dalam comfort zone, maksudnya kita TAHU kita BOLEH BERUBAH. Apa lagi yang kita nak orang buat kat kita kalau kita dalam comfort zone? No one can get you out of that comfort zone except yourself. No one can kick you off that comfortable bed except yourself. So if you can say, "Saya dalam comfort zone", apa lagi yang kita nak orang lain buat pada kita??

Sama juga, ramai yang datang pada aku tanya, Macam mana nak buang sifat malas. Kalau boleh mengaku malas, apa lagi yang kau nak aku cakap untuk berubah?? Dah tahu, berubahlah.

I told her…

Orang dalam comfort zone pun kena kerja kuat. Especially kalau takde duit, tapi dah comfort zone… 

Lainla kalau duit dah berkepuk2 tu, it's really up to them nak rehat ke, nak kerja ke, ikutla. Sebab life masing2. Some people wanna pay themselves by being comfortable setelah banyak sangat berkorban. 


2. DON'T ADMIT WEAKNESSES JUST TO MAKE YOU LOOK NICE

If you still need money, but you are in comfort zone. Don't just say it so it makes you look nice. You just say it supaya nampak macam you muhasabah diri. Sometimes people just mengaku mistakes they did bukan sebab regret, but just to make them look nice. I mean, benda ni bukan dosa besar ke apa. Although it sounds agak menjengkelkan, believe it all of us pernah melakukannya. 

"Tula. Macam mana ni Mel, saya ni pemalas."--- shooott kalau kau boleh mengaku pemalasss, kau rajinkanla diri sendiri kannnnn!!

"Macam mana ni Mel, saya ni…blablabla…."

You can admit semua yang buruk2 tu diri you. You can justify kenapa you tak achieve something. If saying it is only to make you look nice, to make you look as if you wanna change, you will still get yourself no where!! 

Nak ukur sama ada diri anda orang yang "mengaku salah just to make yourself look nice"- dah mengaku weaknesses tu kat beberapa orang tapi masih tak berubah. Kalau kita betul2 jujur nak berubah, we will change InsyaAllah...

Ada orang jenis cakap besar to make them look great. Ada orang jenis cakap kecik to make them look nice. Mcm kelakar kan kalau fikir tentang tu. Tp jangan fikir pasal orang. Aku pun pernah kot buat benda2 mcm ni. Tendency untuk buat everyday sangat tinggi.

Aku bukan nak pick point or complain any of these group because today I might be in group 1, tomorrow I might be in group 2. I am a human that may fall into mistakes at any time so terlebih dahulu aku nak mintak maaf kat semua orang kalau aku ada terbuat salah. Tapi tujuan aku mention these types of group supaya kita aware je sama2. Kalau kita ingat, then elokla kita terus belajar untuk berubah. Kalau terlupa, moga Allah ampunkan kita.

TAPIII, tak semestinya takleh mengadu langsung. Kalau hati betul2 tengah lara, tak salah nak mengadu kat leaders. We are here for you. *hugsss*


3. MACAM MANA NAK GO OUT OF COMFORT ZONE?

Yes. I might be the right person untuk jawab soalan ni. Aku berasal dr keluarga yang senang, tapi aku juga terus melangkah dan terus melangkah.

Sebelum ni, honestly aku tak tahu nak jawab kat orang bila orang tanya apa WHY Herbalife aku.

Tapi bebaru ni bila Pak Fauzi & Ibu Anita datang KL, ayat dorang cukup menjelaskan kenapa orang kaya pun terus melangkah. 

JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR. 

You have everything, but walk in life like you have nothing.

Bahaya tau bila kita sebut, "Macam mana ek nak kerja kuat. Saya rasa comfortable sangat sekarang ni." Aku pun pernah mention statement ni. Until one point aku realize, bila aku sebut ayat tu, maksudnya aku meminta dugaan dr Allah. 

Kira macam nilah,

"Macam mana ek nak kerja kuat. Saya rasa comfortable sangat sekarang ni." 
= "Allah, bagi saya dugaan supaya saya boleh kerja kuat."

Terus hati tak tenang. Astaghfirullah. Kita boleh pilih untuk bekerja dalam apa jua keadaan. Kita boleh choose untuk menjadi orang yang rajin walaupun kita dah ada everything, kerana kita BERSYUKUR dengan apa yang kita ada. Apa lagi yang kita nak Allah ambik dari kita untuk kita kerja kuat?? Astaghfirullah.

Kecut sungguh perut.

So, if right now you are in comfort zone, trying to go out, ask yourself, nak Allah tarik sesuatu dari hidup you, atau you nak kerja sendiri tanpa perlu ditarik apa2?

World Team yang bertanyakan soalan ni, merupakan seorang anak yatim. Lagilah perlu ada why yang sangat kuat untuk bekerja. 

Jadi aku tanyakan dia, "Allah dah tarik ibu you, sebab tu you ada kat sini (Herbalife). Takkan nak tunggu something happen kat ayah you baru you nak kerja secara serious…"

Oke aku tau ayat tu kejam. Honestly aku sendiri sebak menyebutnya... 

Be grateful of what we have now. Work to make the people around us happy.

Pak Fauzi kata, "Kita suka menangguh sukses. Menangguh kerja keras. Kalaulah saat ini IBU KAMU sedang berada di wad ICU melawan cancer, adakah kamu akan kerja macam sekarang? Adakah kamu akan menangguh macam sekarang? Adakah kamu akan jadikan sikap pemalu, tak tahu, sebagai alasan? Ataupun kamu akan buat segala yang kamu mampu untuk membahagiakan saat2 terakhirnya? PERSOALANNYA, MENGAPA KITA NAK TUNGGU SAAT MENYEDIHKAN ITU BERLAKU untuk kita kerja keras? Kenapa tak buat yang terbaik bermula HARI INI."

CUKUP SENTAP. CUKUP CUKUP SENTAP okey. 

Banyak goal hidup aku berubah mendengarkan ayatnya. Banyak sangat. Aku memang dah comfortable. Tapi anda?

This is the least you can do for your family in 2013…

Qualify Melbourne Vacation.

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk dapat yang terbaik dunia & akhirat… 

*sorry malas letak gambar banyak2. Nak g shake party jap lg. Bye*
 
 
Petikan untuk di kongsi bersama dari :  http://amalina-peter.blogspot.com/
 
@@@@@@@ @@@@@@@ @@@@@@@
 
WE ARE HEALTH & BUSINESS COACH.
UPGRADE YOUR LIFE NOW, ASK ME HOW.
LOOKING FOR PEOPLE WITH HEALTHY ATTITUDE.
Elliya/Buddin: 012 687 6367/019 239 5929 ;)

Wednesday, November 21, 2012

Penyakit distributor Herbalife usia 20-25: Kahwin

Bismillah.

Adakah anda ibu bapa kepada remaja yang berusia 20-25 tahun? Jika ya, then anda kenalah berjaga2 kalau anak anda nak join Herbalife. Jeng jeng jengggg....

Sedar tak sedar, punyalah banyak pasangan Herbalife yang dah bernikah. And mostly buat trend nikah awal, atau majlis simple2. Kalau anda jenis yang ade dream wedding, mungkin harapan untuk bernikah pada usia awal 20-an memanglah tipis. Tapi kalau nak buat kahwin yang simple2, memang dah menjadi duplikasi sihat di dalam Herbalife. Alhamdulillah. Semoga barakah Allah keatas semua pasangan yang dah berkahwin.

Yang belum tu, elok2 la jaga hubungan. Jaga hubungan ni bukannye senang. Lagi2 dengan Herbalife kite berpeluang untuk melancong ke pelbagai buah negara. Mulalah nak berjalan berkepit dengan buah hati pengarang jantung tu. Ingat ye, Allah perhati je hamba-Nya. Semoga kite dijauhi dr bisikan syaitan. :)

Siapa perintis? Erm. Ingat2 balik, married couple yang pertama adalah mereka.

Firdaus & Nadia (2008)
Kahwin ketika belajar. Skang dah habis belajar. Herbalife fulltime.
Avegare income RM20k-RM30k.

Ececeh. Gambar nak luar biasa je. Snanye diorang ni taklah muda sangat time kahwin. Tapi student lagilah yang pasti time kahwin tu. Taktau sangat kisah dorg. Yang aku ingat camni. Time aku 20 tahun, tengah angan2 nak kahwin awal, dorg ni je org muda Herbalife yang dah kahwin. Memang bekobar2 la aku.


Pastu dorg dah ada anak.


Pastu dorg mengandung balik. Tak. Nadia je yang mengandung. Bulan 9 ni due. (Yeke? Tak silap la)

Oh dah kata orang Herbalife, mestilah ada before after photos kan? Tengoklah bawah tu.



Antara testimoni anak mereka yang sulung ni, "Mak dan ayah ada asma, tapi Alhamdulillah anak takde masalah asma."

Haaa cmtulah.

Pastu diikuti dengan pasangan kedua.


Musab & Ain (2009)
Current age: 25 & 24. Kahwin ketika belajar. Sekarang masih belajar. Herbalife part time.
Average income RM5k. (baru balik Malaysia sebulan dua gitu. Income sangat okey untuk hidup yang masih berserabut nak settle down)

Sebab dorg study kat Jordan, jadi mcm kejap ada kejap takde kat Malaysia. Sangkut2 la sikit perjalanan business mereka. Tapi skang dah fulltime kat Malaysia, bolehlah fullblast InsyaAllah. Chaiyok chaiyok!!!

Pastu dorg pun ada anak. Siap boleh bawak jalan2 setiap Herbalife events. Alhamdulillah.


Pastu dorg pun ada gambar buruk sebelum Herbalife dan hensem cantek selepas Herbalife.


I would say, no more kerisauan tentang berat badan selepas bersalin!!
Alhamdulillah thank you Herbalife!


Pastu pasangan ketiga.


Abqari & Amalina (2010)
Current age: 23 & 22. Kahwin ketika belajar. Kini masih belajar. 2 tahun lagi baru habis. (Nak mampus dah aku tahan nafas untuk habiskan belajar ni). Herbalife part time.
Average income RM30k-RM40k.

Kamilah tu.


Kenangan gambar atas ni. 2 hari lepas nikah EXAM. Hujung minggu tu TRAINING. Supercool. ALhamdulillah berbaloi. Bulan depan percutian percuma Herbalife ke Gold Coast!!!

Gambar bawah, aku pregnant 8 bulan. Curi2 berangkat ke Bangkok pulak. (Gambar shopping di Bangkok). Hoyeh. Alhamdulillah semuanya selamat.


Pastu aku pun dah bersalin. Baby aku yang kecik tu ye.
Kalau yang besar tu keluar memang koyak rabak lah aku.


Pastu kami pun ada gambar buruk dan cantik dalam Herbalife.



Next??

Rudi & Zulaikha (2010)
Current age: 24. Kahwin right after graduate. Herbalife full time. Tanpa was-was lagi mereka memilih.
Average income RM20k-RM30k.

Dan gambar buruk mereka memang buruk benor nye. memang macam tak kenal dah siapa. Tak boleh nak match before after. -_-'


Next...

Hafiz & Maryam (2010)
Current age: 23. Kahwin ketika Maryam belajar dan Hafiz bekerja sebagai Engineer. Maryam ade lg 2 tahun untuk habiskan study (classmate Abqari). Hafiz dah fulltime Herbalife. So sorang fulltime sorang part time.
Average income RM25k-RM35k.


Pastu Maryam pun dah pregnant. Baru je 3 bulan (yeke? serius tak ingat dah). Gambar ni tak nampak sangat preggy but she is. Doakan MAryam sihat dan selamat.


Gambar before after tak dapat dikesan.

Next?? (cube ingat jap. Haih~~~)


Ijan & Lin (2011)
Taktahu sangat details mereka ni. Tak silap aku Ijan dah lama fulltime tapi Lin part time lagi. Student jugak. Kalau nak tahu lebih lanjut jomlah datang events, boleh tanya sendiri.
Average income RM8k+.

Freshly married last May 2011.


Disebabkan fresh lagi kahwin, kite letak gambar2 hangat sikit. Siape yang tak kahwin lagi silalah rasa kena salai sikit. :D


Ijan before after photo.


Seterusnya....


Aziz & Farah (2011)
Current age: Kak Farah Syahirah 24. Aziz tak tahu. Kak Farah currently student lg. Aziz tak tahu jugak. -_-' (Tak sempat lagi berkenalan. Baru kahwin last week wooo...) Takpe nanti berkenalan dengan Aziz btul2 kat Gold Coast InsyaAllah. Kak Syera qualify ye!!
Average income RM10k.


Gambar bawah ni sehari lepas nikah dorg attend training. No excuses kan? Nak go all out bonus Get Team katanya.


gambar before after tak dapat dikesan.

Seterusnya...dan yang terakhir buat masa ni...


Iman & Yana (2011)
Current Age : 23. Iman study lagi kat France. Yana baru habis belajar kat UK. Fuyooo gempak seyh pasangan ni. Yang tadi smue local2 student je. Ni combination UK & France. Pastu buat Herbalife fulltime. -_-' Mohon ampun pada kerajaan Malaysia. Bright students sometimes wanna have their own life after studying so hard, kan? ;p
Average income RM10k.


Ni gambar adik beradik Yana. Aku rasa cam comel. So aku letak sini.

Gambar before after tak dapat dikesan.


Setakat ni tu jelah pasangan yang ade. Kite doakan semua bahagia sampai ke syurga. Mission: Jannah! Yang belum nikah lagi tu, teruskan usaha. Syaitan sedang berdendang dikeliling anda. Jangan mengalah padanya k? Memang susah nak jaga hubungan lelaki dan perempuan. Tapi susah itu ade ganjarannya.

Semoga segala urusan ke arah perkahwinan dimudahkan dan diberikan pasangan2 yang sedang berusaha kekuatan. Ameen.

Note:
*average income adalah bulanan


HERBALIFE MENYOKONG INSTITUSI KEKELUARGAAN

Sebenarnya kat sini, depends on how you look at it. Ade orang tinggalkan anak untuk kerja kuat dalam Herbalife. Ade orang kendong anak kemana-mana untuk kerja lebih kuat dalam Herbalife. So benda ni subjektif. Tapi kesimpulan ringkas, kite boleh design life kite sendiri. Nak bawak atau tak, semua dalam tangan sendiri. In Herbalife, we have choices. So how would you like to design your life?

Ada orang jadikan anak sebagai alasan untuk tidak boleh bekerja keras. Ada orang jadikan anak sebagai alasan untuk bekerja lebih kuat. Semua dari perpektif pandangan mata sendiri je. Anda nampak anak anda sebagai ape? Beban atau motivasi?

simple je Herbalife. Pagi tadi tukang urut datang, Abang buat kerja depan laptop. Pastu tukang urut dah balik, aku dah okey, aku plak sambung kerja. Tu baby Asiyah pun join Mama die kat sebelah tu.


Apsal la pendek akal sangat untuk jadikan anak alasan. Kesian anak tu. Kalau attend events, jumpalah ibu2 yang buat Herbalife fulltime. Contohnya Kak Fatin (no photo available. sila datang event kalau nak jumpa Kak Fatin). Anak 3 orang. 2 kat luar, 1 dalam perut. Tiap2 tahun pregnant. Tiap2 tahun jugak rezeki Kak Fatin ni makin melimpah ruah. Tak pernah tinggal events. Semue die attend. Semoga Allah terus memberikan Kak Fatin n suami kekuatan.

Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih Herbalife sebagai career kami sampai bila2 InsyaAllah. As long as Allah give us strength.


Mereka attend training di Bali, bawaklah anak jadi family vacation terus.


keluarga kami di Macau.

Percuatian percuma Clubmed Cherating. Abah Mama bawak Ahmad Muaz to join the fun.

Muaz enjoying the kids game.
(please ignore his serious face. Gambar candid. Muka macam kena paksa main. -_-')

Ahmad trying this and that.

Something like flying. But you don't fly.

Family vacation in Jordan. Mama Abah bayar sendiri. Kami bayar sendiri. Melancong sesama. :D

Okey dah. Tak larat nak upload lagi. Umrah dan Haji? On the way InsyaAllah. Sebenarnya gambar2 tu bukanlah vacation yang sengaja. Training Herbalife sebenarnya.

Antara angan2 aku memang untuk spend masa bersama family all the time. Alhamdulillah impian tu nampak jalannya di sini.

Sama ada buat Herbalife atau bukan Herbalife, kite tetap kena kerja kuat untuk capai impian diri sendiri dan keluarga. Sama ada sekarang atau nanti, kite tetap kena face jugak. So why not now? So guys, let's work our ass out!!!

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...