Promote Time



Mulai 1hb sampai 15hb Fer 2013, setiap temujanji akan mendapat sample percuma untuk rasa dengan setiap temujanji.

Rebut lah peluang ini, kerana ANALISA KESIHATAN, turut di berikan secara PERCUMA!

Monday, February 25, 2013

Mesej Untuk Penjual Produk Kesihatan Di Internet

Saya berkongsi info yang saya perolehi dari seorang kenalan di Facebook yang menjalankan perkhidmatan webhosting. Mesej beliau adalah seperti berikut:


---------------------------------------------------------------

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENJUAL ONLINE & OFFLINE!

Saya baru sahaja selesai disoalsiasat oleh Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan di pejabat saya mengenai sebuah website jual produk kesihatan "buat tunjuk langit" yang di host di webhosting saya jomhosting.net

Owner web ni katanya dah di soatsiasat semalam dan web dah ditutup hari ini.

Kisahnya penjual ni isytiharkan produk dia dapat sembuhkan penyakit dari 20 jenis penyakit yang TAK DIBENARKAN diiklankan ubatnya.

Jadi dalam soatsiasat tersebut, hanya keterangan untuk maklumat sahaja dan bukan untuk tindakan apa2. Penguatkuasa tersebut cakap ramai penjual tidak tahu dan faham akta farmasi ni terutama untuk kebenaran keluar iklan ubat ni.

Jadi ini adalah IKLAN yang TAK BOLEH diiklankan di Malaysia atau anda mungkin menjadi mangsa soatsiasat selepas ini:

A. 20 jenis penyakit yang TAK BOLEH DIIKLANKAN;

1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/kerosakan jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Asma/lelah
8. Kusta
9. barah
10. pekak
11. ketagihan Dadah
12. hernia
13. Penyakit mata
14. Tekanan darah tinggi
15. Sakit mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah fungsi seks/impotent
19. Penyakit venerus
20. kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

B. Amalan kontrasepsi (pencegahan kehamilan)

C. Memperbaiki keadaan/fungsi buah pinggang dan jantung manusia

D. Memperbaiki fungsi/keupayaan seksual manusia

E. Pengguguran Anak


IKLAN untuk ubat, gajet, atau servis berkaitan penyakit di atas juga TIDAK DIBENARKAN.

atau detail di http://cornerstone.my/pharmacy_portal/aeimages//File/Medicine_Advertisement_Sale_Act_1956_Act_290.pdf

Berhati-hati dalam beriklan.

*Iklan di Facebook juga mereka sedang perhatikan. jadi berhati-hati ye..
**Minta share dengan rakan2 penjual lain untuk elakkan di soat siasat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...