Promote Time



Mulai 1hb sampai 15hb Fer 2013, setiap temujanji akan mendapat sample percuma untuk rasa dengan setiap temujanji.

Rebut lah peluang ini, kerana ANALISA KESIHATAN, turut di berikan secara PERCUMA!

Wednesday, November 21, 2012

Penyakit distributor Herbalife usia 20-25: Kahwin

Bismillah.

Adakah anda ibu bapa kepada remaja yang berusia 20-25 tahun? Jika ya, then anda kenalah berjaga2 kalau anak anda nak join Herbalife. Jeng jeng jengggg....

Sedar tak sedar, punyalah banyak pasangan Herbalife yang dah bernikah. And mostly buat trend nikah awal, atau majlis simple2. Kalau anda jenis yang ade dream wedding, mungkin harapan untuk bernikah pada usia awal 20-an memanglah tipis. Tapi kalau nak buat kahwin yang simple2, memang dah menjadi duplikasi sihat di dalam Herbalife. Alhamdulillah. Semoga barakah Allah keatas semua pasangan yang dah berkahwin.

Yang belum tu, elok2 la jaga hubungan. Jaga hubungan ni bukannye senang. Lagi2 dengan Herbalife kite berpeluang untuk melancong ke pelbagai buah negara. Mulalah nak berjalan berkepit dengan buah hati pengarang jantung tu. Ingat ye, Allah perhati je hamba-Nya. Semoga kite dijauhi dr bisikan syaitan. :)

Siapa perintis? Erm. Ingat2 balik, married couple yang pertama adalah mereka.

Firdaus & Nadia (2008)
Kahwin ketika belajar. Skang dah habis belajar. Herbalife fulltime.
Avegare income RM20k-RM30k.

Ececeh. Gambar nak luar biasa je. Snanye diorang ni taklah muda sangat time kahwin. Tapi student lagilah yang pasti time kahwin tu. Taktau sangat kisah dorg. Yang aku ingat camni. Time aku 20 tahun, tengah angan2 nak kahwin awal, dorg ni je org muda Herbalife yang dah kahwin. Memang bekobar2 la aku.


Pastu dorg dah ada anak.


Pastu dorg mengandung balik. Tak. Nadia je yang mengandung. Bulan 9 ni due. (Yeke? Tak silap la)

Oh dah kata orang Herbalife, mestilah ada before after photos kan? Tengoklah bawah tu.



Antara testimoni anak mereka yang sulung ni, "Mak dan ayah ada asma, tapi Alhamdulillah anak takde masalah asma."

Haaa cmtulah.

Pastu diikuti dengan pasangan kedua.


Musab & Ain (2009)
Current age: 25 & 24. Kahwin ketika belajar. Sekarang masih belajar. Herbalife part time.
Average income RM5k. (baru balik Malaysia sebulan dua gitu. Income sangat okey untuk hidup yang masih berserabut nak settle down)

Sebab dorg study kat Jordan, jadi mcm kejap ada kejap takde kat Malaysia. Sangkut2 la sikit perjalanan business mereka. Tapi skang dah fulltime kat Malaysia, bolehlah fullblast InsyaAllah. Chaiyok chaiyok!!!

Pastu dorg pun ada anak. Siap boleh bawak jalan2 setiap Herbalife events. Alhamdulillah.


Pastu dorg pun ada gambar buruk sebelum Herbalife dan hensem cantek selepas Herbalife.


I would say, no more kerisauan tentang berat badan selepas bersalin!!
Alhamdulillah thank you Herbalife!


Pastu pasangan ketiga.


Abqari & Amalina (2010)
Current age: 23 & 22. Kahwin ketika belajar. Kini masih belajar. 2 tahun lagi baru habis. (Nak mampus dah aku tahan nafas untuk habiskan belajar ni). Herbalife part time.
Average income RM30k-RM40k.

Kamilah tu.


Kenangan gambar atas ni. 2 hari lepas nikah EXAM. Hujung minggu tu TRAINING. Supercool. ALhamdulillah berbaloi. Bulan depan percutian percuma Herbalife ke Gold Coast!!!

Gambar bawah, aku pregnant 8 bulan. Curi2 berangkat ke Bangkok pulak. (Gambar shopping di Bangkok). Hoyeh. Alhamdulillah semuanya selamat.


Pastu aku pun dah bersalin. Baby aku yang kecik tu ye.
Kalau yang besar tu keluar memang koyak rabak lah aku.


Pastu kami pun ada gambar buruk dan cantik dalam Herbalife.



Next??

Rudi & Zulaikha (2010)
Current age: 24. Kahwin right after graduate. Herbalife full time. Tanpa was-was lagi mereka memilih.
Average income RM20k-RM30k.

Dan gambar buruk mereka memang buruk benor nye. memang macam tak kenal dah siapa. Tak boleh nak match before after. -_-'


Next...

Hafiz & Maryam (2010)
Current age: 23. Kahwin ketika Maryam belajar dan Hafiz bekerja sebagai Engineer. Maryam ade lg 2 tahun untuk habiskan study (classmate Abqari). Hafiz dah fulltime Herbalife. So sorang fulltime sorang part time.
Average income RM25k-RM35k.


Pastu Maryam pun dah pregnant. Baru je 3 bulan (yeke? serius tak ingat dah). Gambar ni tak nampak sangat preggy but she is. Doakan MAryam sihat dan selamat.


Gambar before after tak dapat dikesan.

Next?? (cube ingat jap. Haih~~~)


Ijan & Lin (2011)
Taktahu sangat details mereka ni. Tak silap aku Ijan dah lama fulltime tapi Lin part time lagi. Student jugak. Kalau nak tahu lebih lanjut jomlah datang events, boleh tanya sendiri.
Average income RM8k+.

Freshly married last May 2011.


Disebabkan fresh lagi kahwin, kite letak gambar2 hangat sikit. Siape yang tak kahwin lagi silalah rasa kena salai sikit. :D


Ijan before after photo.


Seterusnya....


Aziz & Farah (2011)
Current age: Kak Farah Syahirah 24. Aziz tak tahu. Kak Farah currently student lg. Aziz tak tahu jugak. -_-' (Tak sempat lagi berkenalan. Baru kahwin last week wooo...) Takpe nanti berkenalan dengan Aziz btul2 kat Gold Coast InsyaAllah. Kak Syera qualify ye!!
Average income RM10k.


Gambar bawah ni sehari lepas nikah dorg attend training. No excuses kan? Nak go all out bonus Get Team katanya.


gambar before after tak dapat dikesan.

Seterusnya...dan yang terakhir buat masa ni...


Iman & Yana (2011)
Current Age : 23. Iman study lagi kat France. Yana baru habis belajar kat UK. Fuyooo gempak seyh pasangan ni. Yang tadi smue local2 student je. Ni combination UK & France. Pastu buat Herbalife fulltime. -_-' Mohon ampun pada kerajaan Malaysia. Bright students sometimes wanna have their own life after studying so hard, kan? ;p
Average income RM10k.


Ni gambar adik beradik Yana. Aku rasa cam comel. So aku letak sini.

Gambar before after tak dapat dikesan.


Setakat ni tu jelah pasangan yang ade. Kite doakan semua bahagia sampai ke syurga. Mission: Jannah! Yang belum nikah lagi tu, teruskan usaha. Syaitan sedang berdendang dikeliling anda. Jangan mengalah padanya k? Memang susah nak jaga hubungan lelaki dan perempuan. Tapi susah itu ade ganjarannya.

Semoga segala urusan ke arah perkahwinan dimudahkan dan diberikan pasangan2 yang sedang berusaha kekuatan. Ameen.

Note:
*average income adalah bulanan


HERBALIFE MENYOKONG INSTITUSI KEKELUARGAAN

Sebenarnya kat sini, depends on how you look at it. Ade orang tinggalkan anak untuk kerja kuat dalam Herbalife. Ade orang kendong anak kemana-mana untuk kerja lebih kuat dalam Herbalife. So benda ni subjektif. Tapi kesimpulan ringkas, kite boleh design life kite sendiri. Nak bawak atau tak, semua dalam tangan sendiri. In Herbalife, we have choices. So how would you like to design your life?

Ada orang jadikan anak sebagai alasan untuk tidak boleh bekerja keras. Ada orang jadikan anak sebagai alasan untuk bekerja lebih kuat. Semua dari perpektif pandangan mata sendiri je. Anda nampak anak anda sebagai ape? Beban atau motivasi?

simple je Herbalife. Pagi tadi tukang urut datang, Abang buat kerja depan laptop. Pastu tukang urut dah balik, aku dah okey, aku plak sambung kerja. Tu baby Asiyah pun join Mama die kat sebelah tu.


Apsal la pendek akal sangat untuk jadikan anak alasan. Kesian anak tu. Kalau attend events, jumpalah ibu2 yang buat Herbalife fulltime. Contohnya Kak Fatin (no photo available. sila datang event kalau nak jumpa Kak Fatin). Anak 3 orang. 2 kat luar, 1 dalam perut. Tiap2 tahun pregnant. Tiap2 tahun jugak rezeki Kak Fatin ni makin melimpah ruah. Tak pernah tinggal events. Semue die attend. Semoga Allah terus memberikan Kak Fatin n suami kekuatan.

Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih Herbalife sebagai career kami sampai bila2 InsyaAllah. As long as Allah give us strength.


Mereka attend training di Bali, bawaklah anak jadi family vacation terus.


keluarga kami di Macau.

Percuatian percuma Clubmed Cherating. Abah Mama bawak Ahmad Muaz to join the fun.

Muaz enjoying the kids game.
(please ignore his serious face. Gambar candid. Muka macam kena paksa main. -_-')

Ahmad trying this and that.

Something like flying. But you don't fly.

Family vacation in Jordan. Mama Abah bayar sendiri. Kami bayar sendiri. Melancong sesama. :D

Okey dah. Tak larat nak upload lagi. Umrah dan Haji? On the way InsyaAllah. Sebenarnya gambar2 tu bukanlah vacation yang sengaja. Training Herbalife sebenarnya.

Antara angan2 aku memang untuk spend masa bersama family all the time. Alhamdulillah impian tu nampak jalannya di sini.

Sama ada buat Herbalife atau bukan Herbalife, kite tetap kena kerja kuat untuk capai impian diri sendiri dan keluarga. Sama ada sekarang atau nanti, kite tetap kena face jugak. So why not now? So guys, let's work our ass out!!!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...